Zhenghua CC 3rd Anniversary 2009
 

Friday, May 01, 2009



Didiklah diri kita untuk memberi sesuatu kebaikan kepada Masyarakat.Ingat seseorang manusia itu dikira berguna apabila kehadirannya memberikan manfaat kepada makhluk yang lain.Belajar mengira apa yang kita terima akan mengajar kita untuk bersyukur.Memberi akan mendidik kita lebih dari sekadar bersyukur.Ianya merupakan suatu pengorbanan;pengorbanan yang murni membentuk jiwa yang luhur bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk maslahat umum.Inilah matlamat kita.......

Labels:

Silat Seni Tempur
 

Friday, May 01, 2009



Bimbinglah anak,belia,beliawanis dan rakan-rakan anda dengan adat,adab,iman dan ilmu beladiri yang anda warisi.Mudah-mudahan ianya dapat menghindarkan generasi muda dari terjebak dengan gejala-gejala yang merugikan bangsa dan negara.Sesuatu usaha tidak akan menjadi kalau dilakukan sambil lewa,oleh itu tanamkan semangat dalam diri anda agar mengenggam bara api biar sampai jadi abu dan alang-alang menyelok perkasam biar sampai ke pangkal lengan.Inilah tanggung jawab khalifah dimuka bumi.

Labels:

Silat Seni Tempur
 

Friday, May 01, 2009




Guru yang sedia ada akan menjangkau usia tua dan ada antara mereka telah pergi dahulu meninggalkan kita.Sayang ilmunya dibawa bersama.Rahsia, petua, seni beladirinya hilang tidak berbaka.Yang hilang,hilang tidak berganti jika tiada yang mengambilnya dan tiada yang mewarisinya.......kaulah anakbangsa harapan dan penerus perjuangan nenek moyangmu.

Labels:

Silat Seni Tempur
 

Friday, May 01, 2009




Wahai anak bangsa!Terutama bangsa Melayu,silat adalah pusaka nenek moyang kita jika tidak ada sesiapa yang akan mewarisinya kita akan hilang khazanah yang berharga.Silat ada seni,langkah,buah dan pentasnya.Semuanya tersusun dan membentuk suatu budaya bangsa yang tinggi nilainya bagi bangsa kita.Kita mesti ada kesedaran diri sayangkan bangsa,agama dan negara.Dimana bumi dipijak disitu langit di junjung.

Labels:

Kembang Wali Silat Combative System
 

Friday, May 01, 2009



Latihan Bendelan adalah salah satu system untuk mendapatkan kecepatan dalam gerak tangan lebih dikenali "reflek".Latihan dilakukan dengan bersahaja tanpa memikirkan gerak lawan hanya mengikutkan arah dan getaran atau arus gerak lawan.Latihan ini diwajibkan untuk mendapat reflek dan keseimbangan badan dan gerak tubuh.Setelah pesilat mahir bendelan akan dilakukan dengan ditutup matanya.

Labels: