I'BADAH KORBAN
 

Tuesday, November 27, 2007

Assalamua'laikum Wrt Wbt

Pada 20hb Disember 2007 1428 Hijrah bersamaan dengan 10 Zulhijah.Hari Khamis jam 8.00pgi. Kami PPSKW dan dari pihak Masjid mengalu-alukan kedatangan dan kerjasama Tuan/Puan serta dari pihak belia Kembang Wali untuk sama-sama untuk menjayakan I’badah korban di Masjid Haji Mohd Salleh.245 Geylang Road,Singapore 389304.Semua ibu, bapa, belia pesilat dan mantan PPSKW dijemput sama untuk meramaikan dan memeriahkan i'badah korban pada tahun ini.Semoga usaha kita bersama diredhai Allah S.W.T.

Sekian Wassalam.
Silat
 

Monday, November 26, 2007

SILAT

Silat dalam erti kata lain ialah (silah) yang mana ertinya Jalinan Perhubungan.

Maka dengan itu lahirlah satu ukhwah yang terjalin diantara para-para pesilat, tidak kiralah guru mahupun murid, ibu bapa ataupun anak-anak.Dengan mengikut dan meneliti konsep tersebut, tercetuslah satu suasana yang aman dan sejahtera dikalangan masyarakat Islam.Bukan sahaja dapat mempelajari I’lmu mempertahankan diri, bahkan dapat bermua’malah (membuat urusan) secara toleransi dan memperkukuhkan lagi jalinan diantara sesama insan.

Firman Allah S.W.T.
“Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari jenis lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu kelompok-kelompok dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguhnya yang paling mulia diantara kamu sisisi Allah adalah yang paling bertaqwa.”Surah Al-Hujarat ayat 13.

Oleh itu sikap toleransi ini seharusnya wujud khususnya dalam diri pesilat-pesilat dimerata dunia.Perlaksanaan ini semua akan tercapai jika kita yang digelarkan ummah Nabi Muhammad S.A.W. yang berpegang kepad Quran dan Sunnah yang mana dalam erti kata lain (Disuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran) berpegang kepada dua sandaran ini.Sabda Nabi Muhammad S.A.W. didalam khutbahnya yang terakhir (Sungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu perpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidakakan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku)

Sebagai seorang pesilat yang beragama Islam,kita wajib mempertahankan diri kita,diri keluarga kita,diri sahabat-sahabat kita dan diri orang yang dizalimi tidak kira bangsa atau agama.Jika setiap pesilat disegala pelusuk berpendirian seperti ini, maka terbentuklah satu cirri-ciri yang bermoral dan berdisiplin.

Ketahuilah sahabat-sahabat ku yang mulia, marilah kita sama-sama mengamalkan sifat sabar dalam apa jua keadaan, harungilah rintangan mengamalkan sifat sabar dalam apa jua keadaan, harungilah rintangan dengan ketenangan dan kesabaran sepertimana yang difirmankan oleh Allah S.W.T. didalam Al-Quran yang mana ertinya”Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar’.

Dalam erti kata ‘Sabar’ memang luas penerangannya, tetapi didalam aspek ‘Sabar’ kita boleh meringkaskannya sehingga menjadi maksud ‘Bersabar didalam apa jua keadaan,Bersabar biar bertempat’ inilah ringkasan yang pada erti kata sabar.Marilah kita sama-sama merenungkan.Dan ini boleh dimasukkan didalam konsep penghayatan silat.

Silat khususnya mengutamakan konsep sabar dalam apa juga rintangan,Kita sebagai pejuang-pejuang silat dan dalam masa yang sama kita adalah diantara pejuang-pejuang Islam yang bakal mengharumkan nama baik Islam tetapi dengan hanya kita berpegang kepada dua sandaran tersebut tadi,insya Allah kita akan beroleh keuntungan di dunia dan akhirat.

Marilah kit memperjuangkan bukan saja didalam ilmu persilatan yang kita akui ia adalah yang diwariskan oleh datuk dan nenek kita dahulu, bahkan marilah kita sama-sama memperjuangkan Islam demi untuk mendapat keredhaan dan kegemilangan di dunia dan akhirat dan juga demi untuk membentuk ummah yang berakhlak mulia dan berkualiti Sabda Nabi Muhammad S.A.W. (Kerjakan urusan duniamu seakan-akan kamu hidup untuk selam-lamanya dan kerjakanlah urusan akhiratmu seakan-akan kamu mati pada esok hari).Renunglah bersama.Wallahu a’lam bissowab.

Sekian.Wassalam.

Hamba mu yang hina lagi dhai’f


Artikal ini Sumbangan Dari Ustaz Iskandar Bin Sabery Manager Unit Dakwah Masjid Hji Mohd Salleh untuk PPSKW 17hb Nov 2007.
Qiyammullai 17th-18th Nov 2007
 

Friday, November 23, 2007


Labels:

Deepa Raya 17th Nov 2007
 

Thursday, November 22, 2007

Labels:

Deepa Raya 17th Nov 2007
 

Thursday, November 22, 2007


Labels:

Deepa Raya 11 Nov 2007
 

Thursday, November 22, 2007


Labels:

Gelanggang ke 3 Kembang Wali
 

Thursday, November 08, 2007

Syukur alhamdulillah kepadaMu ya Allah dan keridhaanMulah yang sentiasa saya cari, semoga saya dapat mencapai Mahabbah serta makrifat kepadaMu. Sujud syukur pada Allah s.w.t atas segala rahmatnya.

Pada tanggal 3hb November 2007 dengan izin Allah s.w.t. persilatan Kembang Wali telah membuka gelanggangnya yang ke3 di Zhenghua Jelapang RC Blk 527.Latihan diadakan pada setiap Sabtu pada jam 8-10mlm.

Didalam sarat dengan kaji
Kaji hidup dan kaji mati
Kaji menuju jalan ilahi

Kaji sifat tahu diri
Kaji budi dengan pekerti
Kaji halus membersih hati

Kaji amalan untuk bekalan mati
Kaji hutang tanggungan diri
Kaji beban petang dan pagi
Kaji disimak fahamnya tinggi

Siapa arif tahulah arti
Selamatlah ia hidup dan mati

Biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba.Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat,ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. "

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007
 

Thursday, November 08, 2007


IFTAR 2007
 

Thursday, November 08, 2007

Labels: