Zhenghua CC gelanggang K.Wali kedua
 

Thursday, February 15, 2007

Syukur alhamdulillah dan kegembiraan yang tiada terhingga kami bermohon kepadaMu ya Allah dan keridhaanMulah yang sentiasa kami cari, semoga kami dapat mencapai Mahabbah serta makrifat kepadaMu.

Pada tanggal 29hb January adalah tanggal keramat bagi perguruan kami. Sujud syukur pada Allah s.w.t atas segala rahmatnya, Perguruan Pencak Silat Kembang Wali dapat berkembang setapak lagi di Zhenghua CC Segar Road setelah selama empat tahun bertapak diBukit Panjang RC Blk 434.Ini adalah gelanggang kami yang kedua dimana latihan diadakan pada setiap hari Isnin dari jam 8.00mlm hingga 9.30mlm.

Angkat Adat genggam Adat,
Pelihara istiadat martabat MELAYU,
Demi kebenaran kita mengadap,
Untuk SATU tangan BERSATU.
Rangsang Rias Pusaka Bangsa
 

Wednesday, February 14, 2007


| View Show | Create Your Own

Rangsang Rias Pusaka Bangsa telah diadakan diTaman Warisan Istana Kampong Gelam pada 11hb Febuary 2oo7.Adat istiadat memandikan keris dan pertandingan keris yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Muharram diadakan untuk meningkatkan lagi pengetahuan orang ramai mengenai warisan,budaya dan sejarah Melayu Singapura.Salah satu budaya yang tidak dapat dipisahkan adalah Pencak silat,walaupun mempunyai rumpun yang berbeda seperti dari kepulauan Jawa,Bawean,Bugis dan Minang.Namun kita dapat satukan dalam satu bumbung seperti yang kita lihat. Perguruan Pencak Silat Kembang Wali,Pokolan Bawean,Sunda Pejajaran dan juga Gayong Pasak yang terlibat menjayakan majlis pada hari itu.Jika bukan kita sendiri yang memajukan warisan dan budaya kita,siapa lagi yang akan berbuat demikian?
Perkemahan Bersama Empat Perguruan
 

Wednesday, February 07, 2007


| View Show | Create Your Own
Perkemahan Bersama Empat Perguruan
 

Wednesday, February 07, 2007


| View Show | Create Your Own
Perkemahan Bersama Empat Perguruan
 

Wednesday, February 07, 2007


| View Show | Create Your Own

Perkemahan bersama yang diadakan di Masjid Pertempatan Melayu Sembawang pada 22hb-24hb Disember 2006.Perguruan yang mengambil bahagian adalah daripada Perguruan Pencak Silat Kembang Wali, Silat Warisan Selayang Pandang,Macan Pasrah dan Seligi Tunggal Kemuning.ia diharapkan aktiviti ini dapat meningkatkan keharmunian, perpaduan dan mengeratkan lagi silaturahim dintara Perguruan.