Selamat Hari Raya 2007
 

Thursday, October 11, 2007

Get Your Graphic Here


Bismillah hir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum wrt wbt.
Kepada semua yang membaca Blog ini saya dari keluarga PPSKW ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya


Sempena menyambut Syawal yang mendekati kita.Dalam Syawal ini,semua umat Islam ada yang bergembira dan yang bersedih.Gembira kerana berjaya menempuh Ramadhan dengan cemerlang,dan bersedih kerana terpaksa meninggalkan seribu macam kebaikan yang terdapat di Bulan Ramadhan.Sebaik- baik umat adalah golongan para Salafusoleh, dan berbahagialah mereka yang mengikuti jejak-jejak mereka.Moga diri kita semua juga berjaya untuk mencontohi diri mereka,moga ketaqwaan kita meningkat dan seterusnya menjadi mereka yang sentiasa mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah swt.

"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung"(2: 5)

Di kesempatan ini,saya Razali Bin Hassan sekeluarga memohon maaf kepada semua pesilat dan waris yang mengenali saya diatas segala kesilapan dan kesalahan saya,sama ada secara sengaja atau tidak.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa"(4:149)

"Sedekah tidak mengurangi harta seseorang .Seseorang yang pemaaf Allah menambahkan kemuliaan baginya.Dan seorang yang tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya"(Muslim)

Akhir sekali,saya ucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Jubair bin Nufair berkata : " Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan "Taqabbala Minna waminkum" .(Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)


Al-Faqir
Razali Bin Hassan
Guru Utama PPSKW
Seni Tempur Selengan
 

Wednesday, October 10, 2007

Labels: