Certificate of Appreciation
 

Wednesday, July 18, 2007

Sri Delima

Pada tanggal 14hb July 2007 Perguruan Pencak Silat Kembang Wali telah diberi penghargaan atas keterlibatan kami dalam MALAY ACTIVITIES EXECUTIVE COMMITTEE(MAEC) dikelab Masyarakat Zhenghua.

Penghargaan telah diberikan oleh tetamu berhormat:

MR Liang Eng Hwa
MP bagi Holland-Bukit Timah GRC
Adviser bagi Holland-Bukit Timah GROs
Pesan Kyai Kanjeng
 

Tuesday, July 17, 2007

Lir-ilir, lir-ilir
tandure wus sumilir
Tak ijo royo-royo tak senggo temanten anyar
Cah angon-cah angon penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno kanggo mbasuh dodotiro
Dodotiro-dodotiro kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jrumatono kanggo sebo mengko sore
Mumpung padhang rembulane mumpung jembar kalangane
Yo surako... surak hiyo...


Sayup-sayup bangun (dari tidur)
Tanaman-tanaman sudah mulai bersemi,
demikian menghijau bagaikan gairah pengantin baru
Anak-anak penggembala, tolong panjatkan pohon blimbing itu,
walaupun licin tetap panjatlah untuk mencuci pakaian
Pakaian-pakaian yang koyak disisihkan
Jahitlah benahilah untuk menghadap nanti sore
Selagi sedang terang rembulannya
Selagi sedang banyak waktu luang
Mari bersorak-sorak ayo...

Maksud syair tersebut kira-kira seperti ini:
Bangun, bangunlah kealam pemikiran yang baru. Lihatlah tanaman yang mulai bersemi itu.
(Tanaman yang mulai bersemi adalah benih iman. Secara hakikat Allah sudah mengisi setiap manusia dengan benih-benih kebaikan. Tinggal manusianya ada yang merawat dan ada juga yang mengacuhkannya.)

Hijau adalah warna perlambang agama Islam yang saat itu kemunculannya bagaikan pengantin baru dan sangat menarik hati.

(Agama Islam disimbolkan dengan buah belimbing yang mempunyai bentuk segi lima sebagai lambang rukun Islam).

Walaupun licin, susah, tetapi usahakanlah agar dapat menghayati Islam demi mensucikan dodot.
(Dodot adalah jenis pakaian tradisional Jawa yang sering dipakai pembesar zaman dulu. Bagi orang Jawa, agama adalah ibarat pakaian, maka dodot dipakai sebagai lambang agama atau kepercayaan).
Pakaianmu, (yaitu) agamamu sudah rusak maka jahitlah (perbaiki), sebagai bekal menghadap Tuhanmu.
Selagi ada cahaya terang yang menuntunmu, selagi masih hidup dan masih ada kesempatan bertaubat.
Bergembiralah, semoga kalian mendapat anugerah dari Tuhan.

Bunga melati bunga didarat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Kyai Kanjeng
 

Tuesday, July 17, 2007

Majlis Berbeku (BBQ) 2007
 

Tuesday, July 17, 2007

Tarikh : 14Julai - 15Julai , 2007

Tema : Satu Tujuan Semaikan ukhwah,tingkatkan taqwa,cinta semesta

Bertempatan: Sembawang Park

Objektif :
Pada tahun ini, PPSKW mengadakan majlis berbeku (BBQ) dengan format santai bagi mengumpulkan pesilat selepas akhirnya pertandingan Pesta Sukan Kebangsaan (PSK) atas maksud merapatkan lagi ukhwah,tingkatkan taqwa,cinta semesta bagi pesilat lama dan baru untuk melahirkan insan-insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik (Intelligence Quotient), tetapi cemerlang dalam semua aspek PIES (Physical, Intellectual, Emotional, Spiritual).Kami telah mengadakan perbincangan tentang:

- Meningkatkan daya juang dan ketahanan pesilat dalam mendepani cabaran dan tekanan dalam tenaga pengajar (jurulatih )bagi menghadapi pesilat-pesilat baru.

- Mempersiapkan para tenaga pengajar dengan kekuatan rohani, emosi, fizikal dan intelektual (PIES) melalui aktiviti-aktiviti PPSKW.

- Menanam nilai-nilai persaudaraan dan semangat berpasukan sesama ahli

- Memberi pendedahan kepada pesilat mengenai suasana pembelajaran dulu dan sekarang kehidupan dan cabaran seorang pesilat .

Sungguh cepat detik masa berlalu,Sedar tanpa mahu, sudah lebih lima tahun PPSKW bertapak dan berkembang dikelab masyarakat .Sungguh teruja bila melihat anak-anak K.Wali yang masih lagi bersama memperjuangkan PPSKW dari awal dan menghabiskan usia bersama memperjuangkan silat di bumi yang sekadar dipinjamkan oleh Allah, pencipta dan pemilik Yang Maha Kekal...

Semoga Allah memanjangkan usia kita,hidupkan kita dan mematikan kita dalam iman, hingga bertemu di PSK tahun hadapan.

Apalah tanda batang dedap
Pohonya rindang daunnya lebat
Apalah tanda orang beradap
Bertanggung jawab sampai ke lahat


InshaAllah. Jazaakum Allaahu khayran katheera

Wallahua’lam
Marwah Anak Bangsa (PSK 2007)
 

Tuesday, July 10, 2007

MARWAH ANAK BANGSA (PSK 2007)

Pertama adat sebenar adat
Kedua adat diadatkan
Ketiga adat yang teradat

Apalah tanda batang putat
Batang putat bersegi buahnya
Apalah tanda orang beradat
Orang beradat tinggi marwahnya

Tahun 2007 adalah tahun kedua K.Wali mengikuti Kejuaraan Nasional (PSK).Setelah berlatih dengan tekun dan gigih pesilat-pesilat K.Wali telah mengharumkan nama perguruan dengan memungut pingat 2 Emas dan 3 Gangsa.

(Pingat Emas) yang dimenangi oleh:
Siti Nadia Malisa Bte Jumat (Remaja)
Mohd Isfahani Bin Isnin (Remaja)

(Pingat Gangsa)
Muhammad Fikri Bin Ramli (Dewasa)
Dinie Durrani Bin Kamaruddin (Remaja)
Sharifah Saza Bte Syed Mokhsin (Remaja)

Syukur pada Allah swt yang memberi kekuatan,kesihatan dan kelapangan untuk PPSKW mengikuti pertandingan pada tahun ini.Seperti yang pernah saya coret pada 24hb September 2006 jika diberi peluang mewakili Negara, pesilat kami akan cuba untuk mengharumkan nama Negara.Walaupun banyak lagi yang harus kita perbaiki syukur Alhamdulillah do’a kami di kabulkan.Pada 11hb Mar 2007 dua pesilat K.Wali telah mewakili Negara dalam 2nd World Junior Pencak Silat Championship 2007,dan memungut 2 Perak untuk Negara.

Perjuangan PPSKW tidak pernah mengenal kata akhir dalam memperjuangkan pencak silat.PPSKW ingin melihat silat dipertandingkan secara resmi di Asian Games. Setelah gagal dipertandingkan di Asian Games XV/2006, Doha, Qatar, PPSKW ingin melihat pencak silat pada Asian Games XVI/2010 di Beijing, Cina.

InsyaAllah pada tahun hadapan kami akan cuba untuk melahirkan lebih ramai pesilat dalam silat tanding.Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua, kepada ketua pasukan,jurulatih,pesilat dan waris pesilat terimakasih atas sokongan moral dan spiritual semoga usaha ini akan kita teruskan demi marwah anak bangsa dan Negara.Hidup silat….Hidup Kembang Wali…..

PSK 2007
 

Tuesday, July 10, 2007