Seni Kembang Wali
 

Thursday, September 27, 2007

Ramadhan Al-Mubarak
 

Monday, September 10, 2007

Assalamualaikum wrb

Semoga para waris dan pesilat-pesilat dalam keadaan sihat sejahtera dan di bawah naungan kasih Allah swt.Insya Allah.

Ingin dimaklumkan bahwa latihan silat akan diberhentikan untuk seketika sempena menyambut bulan mulia Ramadhan al-Mubarak.

Latihan terakhir untuk Fajar Rc adalah pada 7hb September,2007 dan Insya Allah akan disambung semula pada 26hb October,2007.

Dan latihan terakhir untuk Zhenghua CC adalah pada 10hb September,2007 dan Insya Allah akan disambung semula pada 29hb October,2007.

Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini diterima Allah swt.Insya Allah.Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim).

Wassalam.
Festival Pencak Silat Temasik 2007
 

Sunday, September 09, 2007

Labels:

Qiyamullai Belia Kembang Wali
 

Sunday, September 09, 2007

Qiyamullail Belia Perguruan Pencak Silak Silat Kembang Wali

Pada tarikh 8 September- 9 September 2007 atas kerja sama Masjid Haji Mohd Salleh dan Ustaz Iskandar Bin Sabery sebagai Program Manager Unit Dakwah telah mengadakan program Qiyamullail khusus untuk belia Perguruan Pencak Silat Kembang Wali demi untuk mengisi kelapangan kita bersama dalam beribadah dan seraca langsung merapatkan lagi ukhwah diantara belia dan pihak masjid.Buat julung-julung kalinya kami mengadakan program Qiyammullai bersama belia-belia Kembang Wali untuk menarik belia Islam untuk bergiat dan memakmurkan masjid diSingapura.Insyaallah kami akan sering mengadakan Qiyamullail bersama belia dan waris pesilat pada masa akan datang.Pesilat Kembang Wali bukan hanya melibatkan diri dalam kegiatan silat tetapi juga di anjurkan untuk berbakti pada masyarakat dan kegiatan masjid di Singapura. Insyaallah kami akan mengadakan program bengkel Al-Qur’an untuk belia dan waris kembang Wali pada masa akan datang.

Wassalam.

Labels:

Qiyamullai Belia Kembang Wali
 

Sunday, September 09, 2007

Labels:

Kenduri Arwah sempena menyambut Ramadhan 2007
 

Sunday, September 09, 2007

Labels:

Malam Berbeku (Sempena menyambut Ramadhan 2007)
 

Wednesday, September 05, 2007

Tarikh: 1/9/2007-2/9/2007
Tema: Sempena menyambut ketibaan Ramadhan

Bertempatan: Sembawang Park

Objectif:
Pada tahun ini,sempena akan ketibaan bulan Ramadhan dan berehatnya kami dari latihan silat selama sebulan.PPSKW mengadakan pertemuan berbeku tanda perpisahan,agar kami dapat menumpukan dan meningkatkan taqwa sepenuhnya pada bulan yang mulia Ramadan alMubarak 2007.

Wahai ananda tajuk negeri
Tulus dan ikhlas telaga budi
Berkorban jangan menghitung rugi
Beramal jangan nanti menanti.


Pada hari yang tersebut diSembawang Park kami telah mengadakan program:

-Solat berjemaah dan kuliah,dipimpin oleh Ustaz Iskandar

-Latihan Ujian Jati Diri,(berjalan malam bersendirian ditempat gelap,lokasi kampong Wak Hassan).

-Latihan gendang bersama untuk pesilat K.Wali(Memupuk cinta seni musik tradisional).

-Pesta sukan K.Wali (semangat berpasukan sesama ahli).

Wahai ananda banyaklah amal
Supaya kelak tidak menyesal
Sesama umat kenal mengenal
Berilah maaf salah dan janggal



Ramadan: Kedatangannya Sentiasa Dirindui, Pemergiannya Ditangisi
"BULAN Ramadan; bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk tersebut serta (ianya sebagai) pembeza (antara yang hak dan yang batil). Maka barangsiapa di antara kamu yang menyaksikan (hadir di tempat tinggalnya) pada bulan itu hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut." (Surah Al Baqarah:185)

Semoga Allah memanjangkan usia kita dan menemukan kita semula selepas Sawal ini InsyaAllah.Jazakum Allahu khayran katheera.

Wallahua’lam
Malam Berbeku 1/9/2007-2/9/2007
 

Wednesday, September 05, 2007

Labels:

Pesta Sukan Kembang Wali 02/09/2007
 

Tuesday, September 04, 2007

Labels: