Selamat Datang Ke Website Pencak Silat Kembang Wali
 

Tuesday, August 01, 2006

Assalamualaikum Wrt Wbt

"Allahhuma inni as-aluka bisirriz-zati wabizati sirri, huwa anta wa-anta huwa, ihtajabtu binurillahi, wa-binuri 'arsyillahi, wa-bikullis-min lil-lahi, min 'aduwi wa-'aduwillahi, bimi-ati alfi la-haulawala quwata illa billahi.'


Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmatNya kepada kita semua, selawat dan salam semoga dianugerahkan kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta kepada Ahlul Baitnya dan sahabat-sahabat dan semua pengikut-pengikut dan juga penerus cita-cita dan perjuanganNya.

Syukur alhamdulillah dan kegembiraan yang tiada terhingga saya bermohon kepadaMu ya Allah dan keridhaanMulah yang sentiasa kami cari, semoga kami dapat mencapai Mahabbah serta makrifat kepadaMu.Amin.

Melentur buloh biar dari rebungnya .....

(Gelanggang Pencak Silat Kembang Wali)
Tempat latihan
Bukit Panjang Zone 9
RESIDENT COMMITTEE
Blk 434 Bukit Panjang Ring Road
#01-643 Singapore 670434

Waktu Latihan: Setiap Jumaat malam Jam 8.00-10.00 malam

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bergelanggang, boleh hubungi:
Razali Bin Hassan
Hp: 92717195

Kegiatan-kegiatan / Penglibatan

  • Mengadakan Majlis Membuka Gelanggang dan Adab menerima murid pada 30hb April 2004 (Secara keluarga)

  • Undangan dlm majlis”Gendang Silat Fiesta” anjuran Yio Chu Kang Community Club MAEC 2004

  • Undangan dalam “Malam Silat” anjuran Seni Silat Gayung Perwanit di Gek Poh Ville pada 25hb May 2004

  • Undangan dalam Majlis”Malam Tapak Suci” anjuran Tapak Suci di Yew Tee Community Club pada 2hb October 2004

  • Pertandingan Silat Persahabatan”Pendekar Harapan 2005” anjuran bersama Perguruan Silat Gagak Sakti dan Kolam Ayer Community Club pada 7&8hb May 2005

  • Pertandingan Silat liga Persahabatan “Silat League” 21May 2006

  • Pertandigan Pesta Sukan Kebangsaan (PSK) July 2006



Belum cuba belum tahu, tiada yang mustahil dan kalau hendak seribu daya...adalah antara kata-kata keramat yang wajar ditanam oleh pesilat kita jika mahu jadi jaguh dalam gelanggang olahraga.

Penglibatan Pertandingan:

Pendekar Harapan 2005
Pertandingan bersama 4 perguruan iaitu Perguruan Gagak Sakti, Cengkam Tumba, Esha dan Gerak Bayangan.

Pencapaian: 4 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa.

Silat Liga (Silat League) 2006
Pertandingan bersama 2 perguruan iaitu Macan Pasrah dan Selayang Pandang.

Pencapaian: 4 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa.

Pesta Sukan Singapura (PSK) 2006

Pencapaian: 1 Emas, 2 Perak, 2 Gangsa.

Belum cuba belum tahu lebih kepada sikap sanggup kepada perubahan demi kejayaan.Tiada yang mustahil untuk menjadi pesilat olahraga jika belum cuba, kita tidak tahu sejauhmana keupayaan diri.

Tenaga Pengajar:

Jurulatih Kanan:

Rifqi Bin Farok

Pemangku Jurulatih:

Ridha Bin Farok


Selagi Kembang Bermekar,

Selagi Itu Kami Melangkah,

Agar Silat Terus Mekar,

Agar Melayu Terus Megah,

Sekali Melangkah Terus Melangkah,

Sekali Berundur Belum Tentu Menyerah.