Asal Usul Perguruan Pencak Silat Kembang Wali
 

Wednesday, January 01, 2003

Kyai Haji Haron

  • Tidak jelas asal dari daerah mana. Datang ke Weleri (Kendal) dan bermastautin di Weleri setelah memperisterikan salah seorang dari anak Kyai setempat.

  • Kyai Haji Haron di bawah pimpinan mentuanya termasuk diantara pendekar-pendekar yang menentang penjajah Belanda di Jawa Tengah waktu itu.

  • Kyai Haji Haron meninggal sekitar tahun 1918.


Melan Bin Haji Haron

  • Anak kedua dari tiga beradik. Selain mendapat bimbingan ilmu persilatan dari ayahnya sendiri, beliau juga pernah berguru di daerah Cepiring (Kendal) yang terkenal kerana banyak melahirkan pendekar di Jawa Tengah.

  • Setelah ayahnya (Kyai Haji Haron) meninggal, beliau dan beberapa taman akrabnya berhijrah ke Singapura sekitar akhir tahun 1920an. Beliau bermastautin di sini dan tidak pernah lagi pulang ke Jawa.

  • Sekitar tahun 60an beliau telah membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya (ketika itu di Holland Road). Tugas mengajar deserahkan kepada teman akrabnya iaitu "Wak Jaon" yang juga seorang terkenal dengan Silat Sendengnya waktu itu.

  • Beliau tidak pernah menurunkan ilmu persilatannya kepada ramai kecuali dua orang anak menantunya yang diperkirakan mampu membawanya.

  • Melan Bin Haji Haron meninggal pada tahun 1976.


Hassan Bin Sirat

  • Dilahirkan di Borneo pada tahun 1925 dan dibawa berhijrah ke Singapura oleh kedua orang tuanya sekitar tahun 1930an.

  • Anak Kepada Pedekar Sirat yang pernah terkenal pada zaman penjajah Jepun di perkampungan di daerah Watten Estate.

  • Beliau menimba ilmu persilatan dari bapanya sendiri. Setelah memperisterikan salah satu dari anak Melan Bin Haji Haron, beliau telah menuntut dengan mertuanya secara peribadi di samping menuntut dengan Wak Jaon.

  • Beliau tidak pernah menurunkan ilmu persilatannya kepada umum kecuali tiga orang anaknya.

  • Hassan Bin Sirat meninggal pada Bulan 22 Mei tahun 2002.


  • Pencak Silat Kembang Wali bergerak dibawah naungan PERSAUDARAAN MACAN SINGAPURA (PMS) pada 27hb Julai 2003.


  • Berdaftar dibawah naungan kerabat PERSISI pada September 2003.


  • Mulanya terpendam sebagai amanah keluarga, akhirnya silat ini mendapat tempat di hati para pencinta silat tanahair. Dinamakan Pencak Silat Kembang Wali, aliran ini menyampaikan petua-petua lama dan permainan senjata Toya, Selengan, Golok, Celurit, Kerambit, Tekpi dan Belati.